Monday, 25 April 2011

Malam Puisi Riong Majlis Bandaraya Shah Alam dengan kerjasama Berita Harian 2011.




Gak Gak Gak di Laman Budaya Shah Alam
Oleh Adli Shahar
adli@bharian.com.my
2011/04/28

LAUNGAN gak gak gak bakal memecahkan kesunyian malam di Laman Budaya, Taman Tasik Shah Alam, pada 6 Mei ini, jam 8.30 malam, tetapi bukan kerana kawanan burung gagak yang bertempiaran lari menyelamatkan diri daripada muncung senapang petugas penguatkuasa.

Sebaliknya, Gak Gak Gak adalah puisi yang akan dideklamasikan Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA) 2005, Abdul Ghafar Ibrahim yang lebih dikenali sebagai Agi, antara deklamator yang akan memeriahkan Malam Puisi Riong Berita Harian - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Puisi trivi Agi menjadi pilihan penyair yang juga Pensyarah Seni Persembahan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Abdul Ghafar Ibrahim, sengaja dipilih kerana ia berlegar kepada penindasan yang menimpa mereka kini.
“Gak Gak Gak menceritakan bagaimana di banyak tempat sekarang ini, burung ini dihapuskan kerana imejnya yang pengotor dan membawa masalah kepada manusia, sedangkan ia hanya mencari makanan.

“Walaupun isu yang saya bawa melalui sajak ini sudah lama kerana ditulis pada 1970-an, tetapi ia tetap relevan sehingga ke hari ini dan hendaknya mesej yang ingin disimpaikan sesuai dikongsi dengan khalayak Malam Puisi Riong BH-MBSA,” katanya pada wawancara dengan Sastera.

Pengarah Projek Bersama, Malam Puisi Riong BH-MBSA, Mohd Zulfahmee Ismail berkata, katarsis bermaksud kelegaan emosi dipilih sebagai tema yang akan dizahirkan ke dalam puisi oleh barisan deklamator yang menjayakan program Malam Puisi Riong BH-MBSA. “Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan dan Exco Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains dan Teknologi, Rodziah Ismail, dijangka hadir pada program ini sebagai tanda sokongan,” katanya.
Program terbabit akan turut menampilkan Sasterawan Negara (SN), Datuk Dr Ir Anuar Ridhwan; pemenang Anugerah Juara Lagu ke-25, Ana Rafali; artis muda, Amylea (AF3), personaliti popular TV3, Ahmad Fedtri Yahya dan pembaca berita BERNAMA, Tawfiq Isa.

Tidak ketinggalan, deklamator kelahiran Kelantan, Harlym Yeo, Mohd Hatta Mohd Yatim (Unit Kebudayaan, UiTM Melaka), Andenn Hassan, Mohd Suffian dan Noor Azah Ahmad, manakala bacaan puisi eksperimental akan dibawa oleh Mohd Zulfahmee.

Berita Harian dan MBSA pada April tahun lalu pernah bekerjasama menganjurkan Malam Puisi Riong yang menampilkan deklamator seperti SN Datuk A Samad Said, Dr Anwar, Agi dan bekas penyanyi The Fan Club, Aisyah


Lagi Liputan :


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2011042109061320110421090613/Article/print_html

No comments:

Post a Comment