Wednesday 16 March 2011

Teater : Rebab Berbisik

Sinopsis :
Mengisahkan kepiluan seorang tokoh Makyong iaitu Paksu Mat yang dilupakan tentang sumbangan dan pengorbanannya terhadap seni warisan iaitu Makyong. Tiada waris yang sanggup menerima dan menjadi penerus kepada kesenian ini termasuklah anak-anaknya sendiri iaitu Mimi dan Azri. Mimi dan Azri mempunyai latar peribadi yang berbeza. Kedua-dua mereka membawa haluan masing-masing.

Mimi seorang Mak Nyah yang menjadi penghibur (Paper Dolly) Kelab Malam.Beliau lari meninggalkan kampong kerana tidak tahan dengan hinaan masyarakat di kampong terhadap dirinya yang lembut. Manakala Azri seorang Ustaz yang berpendidikan Lulusan Universiti Al-Azhar di Mesir menghadapi dilemma untuk menasihati ayahnya Paksu Mat supaya meninggalkan kesenian Makyong yang dianggap sebagai syirik dan salah di sisi agama.

Paksu Mat juga sering terkenangkan isterinya, Arwah Mek Ning iaitu seorang Primadona makyung yang cantik serta menjadi pujaan ramai semasa zaman kegemilangan makyung dahulu. Kasih dan cintanya kepada Mek Ning menyebabkan beliau sering terbayangkan saat-saat bahagia mereka berdua.

No comments:

Post a Comment