Tuesday 19 April 2011

KEMPEN BERBUDI BAHASA


“Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang,
Senyumlah sedekah yang paling mudah,
Senyum di waktu susah tanda ketabahan,
Senyuman itu tanda keimanan”


-          Raihan.



Kenapa kita perlu senyum? Ada apa pada senyum? Senyuman ini sebenarnya perkara yang dituntut dalam Islam, malah kerajaan Malaysia juga turut menekankan senyum dalam Kempen Budi Bahasa Budaya Kita.



Sebenarnya senyum dapat mengelakkan kita daripada pelbagai penyakit. Senyum dan ketawa dapat merangsang tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf bahagian muka, kepala,  otak dan juga hormon-hormon tubuh badan kita.



Melalui senyumlah kita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim. Memulakan pengenalan kita dengan senyum, menyambut tetamu dengan senyum, berkata-kata pun dengan senyum. Bukankah ianya manis berbanding bermasam muka. Orang di sekeliling juga akan berasa tenang dan senang berada di sisi kita. Barulah kita akan disenangi. Rasulullah juga satu ketika dulu pernah bersabda, ”Tersenyum ketika bertemu dengan saudara kalian adalah termasuk ibadah”. (Riwayat At-Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Al-Baihaqi). Jadi takkan menjadi masalah untuk kita senyum. Senyuman itu sedekah, jadi, janganlah kekok atau kedekut untuk senyum. (“,).

No comments:

Post a Comment