Sunday, 27 February 2011

Ku Cari Damai Abadi


Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi



DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI

Perjuangan Yang Belum Selesai

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga

Selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Tun Mahathir Mohamad
Mei 1996

Wednesday, 23 February 2011

* Akan Datang!


*KARNIVAL PENGHAYATAN BUDAYA (KARYA) DAN KEMPEN ANTI-PENDERAAN KANAK-KANAK TAHUN 2011 Anjuran Persatuan Kebudayaan dan Kesenian, UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka dengan kerjasama
(20-03-2011)

*BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT
(31-03-2011)

Monday, 21 February 2011

Percikan Ikhlas (Puisi)

Saya menuntut ilmu bukan sekadar berbangga,
Saya menuntut ilmu untuk ke syurga,
Saya bekerja bukan sekadar mencari harta,
Saya bekerja untuk ke syurga,
Saya berbakti kepada orang tua bukan sekadar balas jasa,
Saya berbakti kepada orang tua untuk ke syurga,
Saya kembali pulang bukan sekadar nostalgia,
Saya kembali pulang untuk ke syurga,


Kupilih kamu bukan sekadar cinta,
Kupilih kamu untuk ke syurga,
Kujauhi yang lain bukan kerana tak suka,
Kutinggalkan yang lain kerana takut dosa.
(Adi Nurcahyo, Jember - 2008)

Sunday, 20 February 2011

Festival Kesenian (Citrawarna) UiTM Melaka 2011!!

Hari Terbuka Kolej Kediaman UiTM, Festival Kesenian (CITRAWARNA), Kempen Anti Merokok - UiTM, Melaka 2011 akan diadakan pada 11, 12 dan 13 Mac 2011 Anjuran bersama Unit Pengurusan Asrama UiTM, Melaka, Unit Kesihatan dan Unit Kebudayaan dan Kesenian UiTM.

Selamat Datang Naib Canselor UiTM (20-02-2011)

Friday, 18 February 2011

Bermulanya di sini.

Salam perkenalan dari saya Mohd Hatta bin Mohd Yatim, Penolong Pegawai Kebudayaan di Unit Kebudayaan dan Kesenian, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka mulai 16-02-2011.

Sila beri tunjuk ajar,panduan, sokongan serta kerjasama di dalam saya menjalankan tanggungjawab. Terima kasih.